Thursday 26 March 2015

Selamat dan Jumaat

Selamat.

Ucapan selamat; buat seisi dunia
Jumaat berkat; buat insan-insan mulia

Selamat berangkat; bagi yang musafir
Moga berkat; dan doamu diangkat

Selamat bekerja; buat pencari rezeki
Terus usaha; dan syukur apa diberi

Selamat belajar; buat penuntut ilmu
Jangan berkejar; dan terburu-buru

Selamat mendidik; buat para ibu
Ianya titik; permulaannya darimu

Selamatlah semua,
Buat insan merata,
Sisa-sisa keikhlasan,
Kita kumpul dan satukan,
Dunia yang kacau,
Dan asyik menyantau,
Akan tewas,
Pada hati yang ikhlas.

Salam jumaat.

27 Mac 2015
2:38 pagi
Atas kamar

Wednesday 25 March 2015

Kopi Sejuk

Sarah.
Sarah.
Wani.
Wani...!
Oi Sarah Syazwani!

Kopi dah sejuk tu.

Kerja transkrip video baru buat 30 minit. Ada lagi 2 jam durasi. Suara Pn Armiati semasa Kongres Ainon Business School terpanggil-panggil. Ceramahnya berkisar hal ehwal pensyarikatan antara Syarikat Sdn Bhd, PLT dan Enterprise. Adapun aku terima kerja freelance ini buat tabung-tabungan.

Jangan sedih sangat. Ya, macam-macam fikir, kan? Macam-macam sangat. Siap nangis lagi. Bukan sekali dua dah begini. Fikir itu. Fikir ini. Dan fikir orang tu. (Macam la dia fikir kat kau, tengah tidur lena gamaknya tu)

Ah.
Ahh.
Ahhh!

Sejak bila kau begini. Mudah benar tumpas air matamu.

Kopi dah sejuk!

5 hari lagi

5 hari lagi

Akan ke tempat baharu
Menjalani rutin yang baru

Seorang diri
Membawa diri

Ke negeri orang
Merasa seorang

Apa akan jadi
Selepas 5 hari

Bermacam ku fikir
Namun tak kuukir

Kepada sesiapa jua
Berbuat biasa saja

Segala ketakutan
Kuselindungkan

5 hari lagi

1.04 malam
26 Mac
Atas kamar